Dah lama saya menghilang..saya balik lagi..dengan hati yg makin tenang..walaupun hati saya sakit..saya yakin dengan ketentuan Allah..saya tahu saya ada Dia..walaupun menangis..saya tahu dia sentiasa mendengar..saya salah kerana ikutkan perasaan..walaupun saya tahu saya silap..saya tetap mengharap..walaupun saya tau harapan saya sia2..hanya 1 harapan yang takkan melukakan saya..harapan pada Dia..saya mintak maaf selama ini menyusahkan awak..mungkin awak tahu akan perasaan saya..saya berterima kasih kerana awak tidak menghina saya kerana itu..saya mengharapkan bintang dilangit..sedangkan saya sampah yg menunggu reput.. saya redha..sbb saya tao..saya tidak layak untuk awak..
Ya Allah,
terima kasih kerana menyedarkan aku dari mimpi indah ini..mimpi ini melalaikan aku sehinggakan aku tidak sedar akan kenyataan hidup..terima kasih Ya Allah.. saya akan doakan awak walaupun hanya dari sisi..saya doakan wanita yang dapat menjadi kehidupan awak..dapat memberi zuriat kepada awak..dapat menjadi pendamping kehidupan awak. saya doakan segala yang terbaik untuk awak..orang cakap..kalau kita sayangkan sesuatu kita harus tinggalkannya..saya janji..akan tinggalkan awak..supaya awak dapat bergembira dan berbahagia menjalani hidup awak..saya bersyukur dengan rasa yang ada didalam hati saya..tapi biarlah ia menjadi rahsia kehidupan saya..awak..terima kasih..terima kasih kerana memberi saya peluang merasai perasaan ini..
Ya Allah,
kasihanilah hambaMu ini..tabahkanlah hatiku ini Ya Allah..kuatkan hatiku ini..dia bukan untukku..Kau limpahkanlah rahmatMu kepadanya..Kurniakanlah seorang pendamping yang baik untuknya...kabulkan lah permintaan hambaMu ini untuk orang yang dikasihinya...Amin...
No comments:
Post a Comment